Friday, March 5, 2010

Anda ni perempuan spesis apa?

Hahahah..dasar mengulau kat office. Baru bukak facebook, sekali nampak ade kuiz ni.."Anda ni perempuan spesis apa???" Menarik kan..and ze result..jengjengjeng

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

PILIHAN UTAMA MAK MENTUA
wah wah. ke mana anda pergi orang asyik tanya dah berpunya ke belum. sebab nak dijodohkan dengan anak dorang. anda jenis yang ramah mesra, cekap dalam urusan rumah tangga, matang dan pandai mengambil hati orang lain. kawan-kawan senang dengan anda dan anda selalunya ada ramai secret pakwe/secret admirer.

hahahha..nampak sgtlah kuiz ni penipu.. : )..tapi sekali sekala nak perasan, ok gak kan..bukan aku yg ckp, kuiz yg bgtau..kuikuikui

sesape nak try, http://apps.facebook.com/qanda-ni-perem-dbbdd/?st=1267781550&o=1&source=1

Tuesday, March 2, 2010

6bulan daaaaa

Dah 6bulan aku jd mak org..heheh, cam xcaye je kuikuikui.
Ayra pun dah agak debab, last timbang 6.9kg!! Milestones setakat ni :

* First time jatuh katil!!!! uwaaaaa..masetu lg 2hari nak masuk tarikh bday 6bulan. Mase tu pagi nak gi keje. Sebelum aku mandi, dah sendal bantal golek besar tu ngan bantal2 lain. Aku dah siap test, kukuh dah. Tetibe bile siap mandi,aku dgr ayra jerit nangis! Bunyi nangis yg xpernah aku dgr. Sebelum aku bukak pintu bilik air, hati mama ni dah agak ayra jatuh katil. huhuhu. Nampak anak aku kat atas lantai ngan muke dah separuh bwh katil :((((((((( Mase tu aku nangis lg kuat dr ayra. Xkire ape dah, terus jerit panggil hubby. Ingat2 balik, kelakarje dua2 org mak ayah ni ngan basah2 baru mandi xsempat lap lg, kelamkabut check anak sana sini.heheh. Alhamdullilah, xde ape2. makin aktif adelah, aduhhh


* Dah start mkn. aku kasi pisang lenyek+susu (pagi) ngan nestum brown rice (ptg). dlm sesudu2 je. alhamdullilah, ayra nakje mkn. tapi paling xsuke org lap mulut..haishhh
* Dah clear sebut mama. actually dr 4bulan dah boleh panggil tapi sebutan tu mcm2..mamammamamma lah, aaaaaammmmmaaaa lah : )
* start main walker. tapi setakat ni leh undur ke blkg and pusing2jelah. maju ke depan belum lg.
* Dan pandai engsot bdn ke depan. Angkat bdn cam aksi nak merangkak tapi duk statik kat situ gak hahhaha. dah penat kang, jatuhkan bdn balik heheh
* Tido buas!!! haish, dulu cam pelik gak bile die tido statikje, xgerak2 (eventhough mase tu dah pandai pusing2 tiarap) sebab kalau bace2 blog orglain anak2 diorg semua cam tido lasakje. Ambik kau, nak sgt! hahahha 360darjah die pusing.
* Suke sgt tgk strangers xberkelip mata ngan muke ala2 stone cold. Mcm org tu nak culik dieje..hahha
* Suke tgk bola. aduhaiii..kartun pun xlayan mcm layan bola, ape kes??

p/s: tetibe aku rase nak bukak kedai jual brg baby and mummy, boleh??!!!